Samsung AI Live Translate Call mampu alih bahasa panggilan telefon

KUALA LUMPUR: Samsung Gauss telah diumumkan sebagai model kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sendiri dengan ia menyokong teks, imej dan kod.

Hari ini, Galaxy AI pula diumumkan sebagai kecerdasan buatan untuk peranti Galaxy dalam masa terdekat.

Dengan AI tersedia pada peranti ini beberapa ciri baharu bakal disokong pada peranti Samsung Galaxy dalam masa terdekat dan salah satu daripadanya ialah AI Live Translate Call.

AI Live Translate Call berkemampuan melakukan alih bahasa perbualan telefon antara dua pengguna yang tidak bercakap menggunakan bahasa yang sama.

Apabila pemanggil A menggunakan bahasa Inggeris untuk berbual dengan individu B yang hanya memahami bahasa Korea, audio pemanggil A secara automatik dipaparkan di skrin dalam teks bahasa Korea.

Kemudian pemanggil B boleh menjawab dalam bahasa Korea dan audio beliau pula dipaparkan dalam bentuk teks berbahasa Inggeris.

Dengan ini, menurut Samsung perbezaan bahasa tidak akan lagi akan menjadi penghalang untuk manusia berhubungan menggunakan telefon.

Ini adalah hanya sebilangan kecil kemampuan Galaxy AI yang berasaskan Samsung Gauss yang diperlihatkan setakat ini.

Ia besar kemungkinan akan diperkenalkan pada siri Galaxy S24 yang akan dilancarkan Januari depan.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028