Hamas jemput Elon Musk lawat Gaza

  • Dunia
  • November 29, 2023

GAZA: Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk untuk melawat Semenanjung Gaza di Palestin bagi melihat tahap kemusnahan akibat pengeboman Israel.

“Kami menjemput beliau melawat Gaza untuk melihat sejauh mana pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza, dengan mematuhi standard objektiviti dan kredibiliti,” kata pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan pada sidang akhbar di Beirut pada Selasa.

Pada Isnin, Musk, mogul media sosial yang dikecam kerana menyokong mesej anti Yahudi melawat tapak serangan Hamas ke atas Israel dan mengisytiharkan komitmennya untuk melakukan apa saja yang perlu untuk menghentikan penyebaran kebencian.

Kenyataan Osama dibuat sehari selepas gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas dilanjutkan lagi selama tempoh 48 jam.

“Dalam tempoh 50 hari, Israel menjatuhkan lebih 40,000 tan bahan letupan ke atas rumah penduduk Gaza yang tidak berdaya.

“Saya menyeru Presiden AS, (Joe) Biden untuk mengkaji semula hubungan AS dengan Israel dan berhenti membekalkan mereka dengan senjata,” katanya.

Bercakap mengenai kemusnahan Gaza akibat serangan Israel sejak konflik bermula pada 7 Oktober lalu, Osama meminta masyarakat antarabangsa segera menghantar pasukan pertahanan awam, khusus untuk membantu mengeluarkan mayat yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Kementerian Luar Palestin berkata, ribuan lagi masih terperangkap.

Gencatan senjata yang dipersetujui minggu lalu adalah penghentian pertama dalam pertempuran selama tujuh minggu sejak Hamas menyerang Israel, yang membunuh 1,200 orang dan menahan kira-kira 240 tebusan ke Gaza, berdasarkan angka oleh Israel.

Sebagai tindak balas kepada serangan itu, Israel mengebom kawasan dan melancarkan serangan darat di utara.

Pegawai Palestin berkata, sekurang-kurangnya 16,000 rakyat Palestin terbunuh dan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal. – REUTERS

Coelho

Related Posts

Pasaran Saham Indonesia Menjunam Lebih AS$80 Bilion, CEO Bursa Letak Jawatan

SINGAPURA/JAKARTA: Pasaran saham Indonesia berdepan salah satu episod kejatuhan paling buruk dalam beberapa tahun apabila nilai pasaran merosot lebih AS$80 bilion, perkembangan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua Pegawai…

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

BENGALURU, 17 Jan — Rantaian bekalan global Nvidia berdepan gangguan baharu apabila pembekal komponen cip kecerdasan buatan (AI) H200 dilaporkan menghentikan sementara pengeluaran, susulan tindakan pihak kastam China menyekat kemasukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar