Bapa mengaku bersalah tinggal empat anak di pondok pengawal

  • News
  • December 1, 2023

KUALA LUMPUR: Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya, minggu lalu.

Tertuduh, Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Azizah Ahmad di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh melakukan pengabaian terhadap tiga orang anak lelakinya masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan 10 bulan serta anak perempuannya berumur enam tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuaters Kerajaan, Kampung Gajah sekitar jam 10.44 pagi, 23 November lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang melanggar Seksyen 33(a) Akta Kanak- Kanak 2001 dan boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh berdepan hukuman mengikut subseksyen akta sama yang boleh dikenakan hukuman melaksanakan khidmat masyarakat minimum 36 jam dan maksimum 240 jam secara agregat.

Hukuman itu mesti dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah dan tertakluk kepada sebarang syarat yang ditetapkan oleh mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Februari tahun hadapan sebagai sebutan semula kes sementara lantikan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pada 23 Oktober lepas, tular mengenai empat kanak-kanak ditemukan ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, sekitar jam 10.50 pagi.

Mereka ditinggalkan bersama satu bungkusan plastik yang berisi susu dan lampin pakai buang.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028