Ringgit melonjak disokong perkembangan luar positif

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Isnin, disokong oleh perkembangan luaran yang positif.

Pada 9.10 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6575/6625 berbanding dolar AS daripada penutupan dagangan Jumaat pada paras 4.6710/6760.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit akan kekal terkawal menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan.

Beliau berkata, tumpuan utama akan diberikan kepada Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) AS kerana ini akan memberi petunjuk kekuatan dalam pasaran buruh yang bergerak baik seiring dengan mandat Rizab Persekutuan (Fed), antaranya adalah untuk mencapai pekerjaan maksimum.

“Sekiranya NFP ternyata lebih rendah daripada jangkaan, perbincangan mengenai kemungkinan peralihan dalam pendirian monetari akan mendapat lebih perhatian. Buat masa ini, ringgit akan diniagakan secara berhati-hati kerana Rizab Persekutuan masih mengambil sikap berwaspada terhadap risiko inflasi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain kecuali euro yang mana ringgit meningkat kepada 5.0641/0695 daripada 5.0900/0954 Jumaat lalu.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9038/9122 daripada 5.9014/9077 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1777/1813 daripada 3.1591/1627 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Mata wang tempatan agak tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.2 daripada 301.5/302.1 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.43 daripada 8.43/8.44 Jumaat lalu.

Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4927/4967 daripada 3.4973/5016 tetapi susut berbanding baht Thai kepada 13.3952/4153 daripada 13.3301/3505 pada Jumaat. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar