Citaglobal, TIZA Global bangun ladang solar RM9.75 bilion di Pahang

KUALA LUMPUR: Konsortium Citaglobal Bhd dan TIZA Global Sdn Bhd melaksanakan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) 40:60 dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) bagi projek ladang solar dua gigawatt (2GW) di Pahang bernilai AS$2 bilion (RM9.75 bilion).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat (1 Dis), Citaglobal berkata syarikat itu menerima sokongan penuh daripada kerajaan negeri Pahang untuk membangunkan dan melaksanakan projek tenaga boleh baharu (TBB) di negeri itu, terutamanya berkaitan dengan kelulusan tanah.

“Projek ini membabitkan cadangan pembangunan TBB sehingga 2GW di Pahang, yang akan menyaksikan pembinaan tatasusunan solar yang ditempatkan di atas tanah, ladang solar terapung dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang meliputi pelbagai tapak seperti tanah bersesuaian, empangan, tasik dan perimeter luar pesisir di seluruh Pahang.

“Projek ini akan dibangunkan menerusi pelbagai fasa dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Pada peringkat ini, Citaglobal dan TIZA akan memegang 40 peratus kepentingan ekuiti penyertaan dalam projek 2GW ini, manakala 60 peratus lagi oleh Masdar.

Setiap entiti yang terlibat akan bertanggungjawab untuk membiayai bahagian masing-masing bagi kos pembangunan projek mengikut kadar pegangan. Kos pembangunan awal projek akan ditentukan kemudian.

Menurut Citaglobal, projek 2GW adalah sebahagian daripada projek TBB 10GW, dengan memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Masdar dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 9 Oktober 2023.

“Sebagai sebahagian daripada MoU itu, Masdar membentuk kerjasama strategik dengan MIDA dan komited kepada pelaksanaan projek tenaga bersih 10GW di Malaysia dengan jumlah pelaburan AS$8 bilion,” katanya.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata JDA berkenaan membuktikan komitmen kedua-dua pihak yang bertekad menjadikan projek 2GW satu realiti dan kejayaan.

“Bersama-sama Masdar, kami yakin berupaya mencapai kemajuan lebih pesat menuju sasaran iklim kami, selain memenuhi keperluan tenaga jangka panjang Malaysia dengan cara yang bertanggungjawab dan kos cekap,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar