UEM Edgenta beli saham majoriti dua syarikat di UAE

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, Edgenta International Investments LLC (EII) menandatangani perjanjian jual dan beli serta perjanjian pemegang saham dengan NW Kaizen Holding Ltd yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membeli 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Kaizen Owner Association Management Services LLC (KOA) dan Kaizen AMS Property Supervision LLC (KAMS).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, UEM Edgenta menjelaskan pembelian itu akan dibuat pada AED43.2 juta (RM55.1 juta) secara tunai.

Perjanjian jual dan beli itu akan diselesaikan pada hari perniagaan kedua selepas EII memperoleh lesen komersial yang dipinda bagi Kaizen Group untuk menunjukkan pindahan saham jualan atau tempoh lain yang mungkin dipersetujui pihak yang terbabit.

Menurut UEM Edgenta, cadangan pembelian itu sejajar dengan visi ‘Edgenta of the Future 2025’ untuk mengembangkan jejak serantaunya di samping meningkatkan tawaran produk dan teknologi dalam pasaran pertumbuhan tinggi seperti Dubai, dan UAE secara amnya.

“Berasaskan kehadiran sedia ada UEM Edgenta dalam pengurusan kemudahan UAE melalui Operon Middle East, cadangan pembeian itu memberikan peluang untuk menyepadukan dan menawarkan platform perkhidmatan hartanah dengan menggabungkan pengurusan hartanah dan pengurusan kemudahan merentas rantaian nilai perkhidmatan hartanah untuk pasaran UAE dan berpotensi berkembang ke rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lebih luas,” tambahnya.

Operon Middle East ialah anak syarikat milik penuh UEM Edgenta.

UEM Edgenta memaklumkan bahawa platform itu akan memberi manfaat kepada Operon melalui akses yang diperbesar kepada pelanggan dengan potensi perolehan dan sinergi kos serta menangani keperluan gaya hidup yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk, penyewa dan pemilik hartanah.

Cadangan pembelian itu dijangka selesai pada suku pertama 2024, menurut UEM Edgenta. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028