Mustamir Mohamad dilantik sebagai CEO UMW Holdings baharu

KUALA LUMPUR: UMW Holdings Bhd melantik Mustamir Mohamad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, ia selepas selepas Sime Darby melengkapkan pembelian 61.2% kepentingan dalam UMW Holdings.

Selaras dengan perlantikan baharu itu, Mustamir meletak jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan Sime Darby Bhd.

Menggantikan Mustamir sebagai CFO Kumpulan Sime Darby ialah Muhammad Noor Abd Aziz, yang sebelum ini adalah CFO Sime Darby Motors.

Dengan perubahan dalam pemegang saham utama, barisan lembaga pengarah UMW Holdings juga berubah dengan beberapa ahli lembaga pengarah baharu kini terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson; dan Mustamir.

“UMW juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli Lembaga pengarah yang telah berkhidmat sebelum ini, antaranya Datin Paduka Kartini Abdul Manaf, Shahin Farouque Jammal Ahmad dan Ahmad Adib Mukhtar atas perkhidmatan mereka yang tidak ternilai kepada syarikat UMW,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Mustamir berkata, UMW Holdings memiliki sejarah tidak ternilai dan reputasi baik sebagai peneraju sektor automotif di Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk menerajui UMW Holdings semasa fasa integrasi penting ini dengan Sime Darby.

“Kami berhasrat untuk membina asas kukuh yang dicapai oleh UMW Holdings dan meneroka peluang perniagaan baharu dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran dan pengaruh serantau Sime Darby yang mantap,” katanya.

Pelantikan Mustamir menyaksikan, Megat Shahrul Azmir kembali menjawat jawatan Presiden Bahagian Peralatan UMW.

Berikutan selesainya pengambilalihan pegangan majoriti UMW daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby akan memulakan Tawaran Am Mandatori bagi baki saham UMW yang tidak dimilikinya, dengan tujuan menyahsenarai UMW daripada Bursa Malaysia

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar