Ringgit meningkat berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat pagi ini, dibuka lebih tinggi apabila Indeks dolar AS (DXY) merosot selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberikan isyarat jelas mengenai pendirian monetarinya untuk tahun depan.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6610/6670 berbanding dolar AS daripada 4.7035/7085 pada penutup Rabu.

DXY susut 0.96 peratus kepada 102.869 mata.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah memutus untuk mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 5.25 peratus hingga 5.50 peratus tetapi membayangkan lebih banyak penurunan kadar faedah antara 2024 dan 2026.

“Rizab Persekutuan memberi isyarat bahawa penurunan kadar akan berlaku pada 2024. Persoalan utama sekarang ialah kuantum pengurangan kadar, dan seberapa pantas mereka bersedia untuk mengubah pendirian mereka,” katanya kepada Bernama.

Hasil Perbendaharaan AS dua tahun turun 27 mata asas untuk ditutup pada 4.46 peratus manakala nota 10 tahun pula 4.04 peratus, susut 16 mata asas.

Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan juga dijangka terus meningkat hari ini ekoran petunjuk jelas daripada Rizab Persekutuan.

“Ringgit telah pun melepasi paras sokongan segeranya pada RM4.6611 kepada dolar AS. Paras sokongan seterusnya adalah pada RM4.5778,” katanya.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih baik dalam dagangan awal.

Mata wang tempatan meningkat nilai berbanding pound Britain kepada 5.8896/8972 daripada 5.8916/8979, turun berbanding euro menjadi 5.0768/0833 daripada 5.0737/0791 semalam dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2775/2820 daripada 3.2249/2285 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ringgit mengukuh nilai berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.38 daripada 8.39/8.40 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia untuk mencatatkan paras 297.5/298.1 daripada 300.2/300.8 semalam.

Nilai mata wang tempatan seterusnya meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4995/5045 daripada 3.5001/5041 sebelumnya tetapi rendah berbanding baht Thai pada 13.2864/3115 daripada 13.1390/1592. – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028