APB jadi Pemegang Saham Kedua Terbesar dalam Globetronics dengan Pelaburan RM140 juta

SHAH ALAM: APB Resources Berhad, hari ini mengumumkan bersedia untuk mengambil alih kira-kira 10.41% pegangan dalam Gloetronics Technology Berhad (“Globetronics”), bersamaan dengan 70 juta saham, untuk jumlah balasan tunai RM140 juta.

Kumpulan itu berkata, Globetronics merupakan pemain utama dalam sektor EMS dan semikonduktor, yang mana berada pada kedudukan terbaik dalam pasaran Elektrik dan Elektronik (E&E) yang berkembang di Malaysia.

Menurut laporan IMR, pasaran ini berada pada trajektori menaik, dengan unjuran menunjukkan bahawa eksport E&E akan mencecah RM629.10 bilion pada 2023 dan terus berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 7.9%, berpotensi mencecah RM867.83 bilion menjelang 2027.

Tinjauan pasaran yang positif ini mengukuhkan keputusan Kumpulan APB untuk melabur dalam Globetronics sebagai langkah strategik dan tepat pada masanya.

Setelah selesai cadangan pengambilalihan ini, APB akan muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar dalam Globetronics.

“APB juga bercadang untuk melantik wakil korporat ke lembaga pengarah Globetronics, mengukuhkan lagi komitmen dan perkongsian Kumpulan.

“APB dijangka akan terlibat dalam perakaunan ekuiti untuk pelaburan ini sebagai syarikat bersekutu, berikutan semakan dengan juruaudit Kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendekatan ini akan membolehkan APB mengiktiraf bahagian keuntungan Globetronics selaras dengan kepentingan ekuiti 10.41%. Langkah kewangan strategik seperti itu dijangka akan meningkatkan pendapatan Kumpulan APB dan mewujudkan aliran pendapatan tambahan.

Lembaga Pengarah APB Resources Berhad, berkata pelaburan dalam Globetronics menandakan pengembangan strategik ke dalam industri pertumbuhan tinggi.

“Sebagai pemegang saham kedua terbesar, kami berharap dapat menyumbang dengan ketara kepada hala tuju masa depan dan kejayaan Globetronics.

“Pengambilalihan ini bukan sekadar pengembangan portfolio kami; ia adalah satu lonjakan ke arah potensi pendapatan yang dipertingkatkan pada masa depan dan kehadiran yang lebih kukuh dalam sektor teknologi.”

Sehingga 18 Disember 2023, 12:30 tengahari, harga saham APB berada pada RM2.65, mewakili permodalan pasaran RM299.1 juta.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028