Pelabur asing kembali jadi pembeli saham Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu, selepas jualan bersih yang singkat pada minggu sebelumnya, dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM143.4 juta berbanding penjualan bersih RM276.4 juta sebelumnya, menurut penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menerusi laporan aliran dana bagi minggu berakhir 15 Disember 2023, cabang penyelidikan bank pelaburan itu menjelaskan aliran masuk asing bersih ke Bursa Malaysia bermula pada Khamis apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah.

“Pelabur asing membeli bersih RM125.3 juta pada Khamis dan RM190.2 juta pada Jumaat, mengembalikan nilai jualan bersih mereka berjumlah RM172.0 juta dari Isnin hingga Rabu.

“Tiga sektor teratas yang merekodkan aliran masuk asing bersih minggu lalu ialah utiliti (RM91.2 juta), penjagaan kesihatan (RM65.9 juta) dan teknologi (RM33.5 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas mencatatkan aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM66.8 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM21.2 juta) dan tenaga (RM19.2 juta),” katanya.

Pada masa sama, institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih bagi minggu kedua berturut-turut, dengan kadar berkurangan pada RM82.0 juta berbanding minggu sebelumnya sebanyak RM194 juta.

“Mereka membeli bersih dalam sektor seperti perladangan (RM58.6 juta), penjagaan kesihatan (RM55.1 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM51 juta).

“Sementara itu, peruncit tempatan beralih menjadi penjual bersih ekuiti domestik,dengan nilai berjumlah RM225.5 juta, selepas dua minggu membuat belian bersih,” menurut penyelidikan MIDF.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan jumlah dagangan harian purata (ADTV) secara keseluruhan, dengan peruncit tempatan sebanyak 22.7 peratus, institusi tempatan pada 31.9 peratus, dan pelabur asing pada 62.8 peratus. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028