Pengasas RHB, Abdul Rashid dilantik sebagai Pengerusi baharu TH

PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Abdul Rashid adalah bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang tamat tempoh sebagai Pengerusi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata pengalaman luas beliau sebagai tokoh korporat untuk meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia disamping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan.

“Saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Azman Mokhtar atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik khasnya dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan secara amnya semua warga TH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Naim berkata Abdul Rashid merupakan seorang ahli perniagaan dan berjaya mengasaskan Kumpulan Perbankan RHB antara yang terbesar di Malaysia.

Menurutnya, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dari 1994 hingga 1998.

Katanya, selain itu beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari 1995 hingga 2000.

“Abdul Rashid juga di antara enam ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH,” katanya.

Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi TH dari 2014 hingga 2020 telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.

Mohd Naim berkata, Abdul Rashid juga Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan atas sumbangannya kepada negara dan masyarakat, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028