Ringgit dibuka rendah hari pertama 2024

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah dalam dagangan awal pada Selasa, hari dagangan pertama pada tahun baharu 2024, bagaimanapun sentimen untuk mata wang tempatan kekal kukuh.

Pada hari dagangan terakhir 2023, ia ditutup tinggi sebanyak 0.3 peratus.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.5910/5965 berbanding dolar AS daripada 4.5900/5980 pada Jumaat lalu.

Menurut AmBank Group, ringgit naik 0.3 peratus pada hari dagangan terakhir 2023 untuk ditutup di bawah paras 4.60 pada 4.594, tertinggi sejak Ogos 2023 dan diniagakan dalam julat 4.578 dan 4.615.

“Walaupun kami fikir (terdapat) kenaikan seterusnya untuk ringgit, dagangan berhati-hati untuk mata wang masih dijangka menjelang data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baharu pada minggu ini.

“Pelabur kini akan memberi tumpuan kepada pasaran buruh utama AS dan data PMI pada minggu ini untuk memulakan 2024,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2519/2560 daripada 3.2356/2415 pada Jumaat lalu, meningkat berbanding euro kepada 5.0675/0736 daripada 5.0729/0817 sebelum ini dan susut berbanding pound kepada 5.8416/8486 daripada 5.8321/8422 pada Jumaat lalu.

Ringgit turut diniagakan rendah atau kekal tidak berubah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4786/4833 daripada 3.4746/4812 pada Jumaat lalu dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.28/8.31 sebelum ini.

Mata wang tempatan menyaksikan perubahan kecil berbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.5 daripada 298.1/298.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3728/3954 daripada 13.3422/3760 sebelum ini.

Pasaran Asia ditutup pada Isnin untuk cuti Tahun Baharu. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar