Ekonomi Malaysia berada dalam momentum baik capai sasaran KDNK 4 – 5%

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada dalam momentum yang baik untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada sekitar 4 hingga 5 peratus bagi tahun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sentimen perbelanjaan pengguna lazimnya berada pada tahap melebihi purata pada suku keempat berbanding suku tahun lain.

“Suku keempat adalah tempoh pengguna akan berbelanja lebih daripada biasa untuk perbelanjaan buka sekolah, perbelanjaan tahun baharu, perayaan dan sebagainya apabila terdapat permintaan yang tinggi terhadap barangan.

“Permintaan merupakan komponen terbesar dalam KDNK. Oleh itu, kita menjangka ada ruang untuk melihat prestasi KDNK berkembang pada suku keempat nanti,” katanya kepada Bernama sebelum ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini semalam.

Ditanya sama ada jangkaan KDNK pada suku keempat akan melebihi pencapaian suku ketiga, beliau berkata ia perlu dilihat dalam cerapan data.

Pada Oktober, katanya cerapan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) untuk sektor pembuatan, perlombongan dan elektrik didapati meningkat, begitu juga perdagangan antarabangsa apabila lebihan dagangan turut meningkat.

Di samping itu, katanya kadar pengangguran turut dilihat semakin berkurangan dengan jumlah yang menganggur berada pada tahap 1.5 peratus.

“Justeru, untuk Oktober, data telah menunjukkan ekonomi Malaysia bergerak ke arah berkembang. Sehingga Januari, kita dapati aktiviti ekonomi pada November dan Disember juga, tidak ada keadaan yang nampak ‘deprive’ berikutan ekonomi terus menunjukkan jajaran berkembang.

“Jika kita menggabungkan ketiga-tiga suku awal, negara telah mencapai KDNK sebanyak 3.9 peratus. Oleh itu, saya menjangka pencapaian ekonomi negara akan terarah seperti yang telah disasarkan oleh kerajaan,” katanya.

Menurut Bank Negara Malaysia, ekonomi negara berkembang sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 daripada 2.9 peratus pada suku kedua tahun tersebut manakala secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.9 peratus pada tiga suku pertama 2023.

Mengenai sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibuka bermula 2 Jan hingga 31 Mac, Mohd Uzir berkata setakat 8 malam pada 3 Jan, PADU telah merekodkan sebanyak 396,181 jumlah pengguna berdaftar.

Berdasarkan sambutan terhadap penggunaan PADU setakat ini, katanya beliau yakin sasaran untuk memastikan 29 juta warganegara Malaysia mendaftar akan dapat dicapai.

“Dalam memastikan tiada yang terkecuali untuk mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem itu, kerajaan akan turut mengadakan sesi libat urus bersama kepimpinan kerajaan negeri untuk mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, maklum balas yang diterima daripada Jabatan Perangkaan Negeri dan kakitangan di lapangan mengenai penerimaan sistem itu di kawasan luar bandar adalah positif dengan dibantu penjelasan daripada Jabatan Penerangan (JaPen). – BERNAMA

Coelho

Related Posts

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028