Isu Air UMS, PM minta laporan peruntukan RM3 Juta diserah

  • News
  • January 9, 2024

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu laporan penuh berhubung peruntukan sebanyak RM3 juta yang pernah diberikan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun lalu bagi menyelesaikan masalah air.

Anwar turut memaklumkan kelulusan peruntukan itu dibuat pada Mei 2023.

“Saya tidak ingat bila saya pergi ke UMS tapi saya dengar resahan dan saya minta kepastian daripada Naib Canselor dan dia kata ya.

“Dan saya luluskan jadi saya tidak mengerti (belum selesai) tapi mungkin projek itu ada mengambil masa, jadi saya tidak mahu membuat keputusan menghukum.

“Saya nak minta laporan penuh apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan peruntukan segera RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di universiti berkenaan,” katanya dalam perhimpunan warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di kementerian itu, pagi ini.

Turut hadir dalam acara sama adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan timbalannya, Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Bukan itu sahaja Perdana Menteri turut mengarahkan Johan Mahmood untuk mendapatkan makluman daripada KPT berhubung peruntukan berkenaan.

“Mungkin KSP boleh tanya KSU kementerian berkenaan dan mungkin boleh bantu untuk bertanyakan apa yang berlaku sejak kelulusan RM3 juta serta tindakan yang diambil oleh KPT dan universiti untuk melaksanakannya.

“Pada sebahagian orang perkara kecil tapi kalau mahasiswa menghadapi masalah bekalan air itu patut meresahkan kita.

“Jadi hal yang demikian saya bimbang sebab itu di antara perancang dan pengurus dengan pelaksanaan di bawah itu akan kesenjangan yang nyata dan tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa pembangunan itu bererti kepada mereka,” katanya lagi.

Untuk rekod, peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta itu akan digunakan untuk memasang pam air dan melibatkan pakar mencari sumber air alternatif bagi penyelesaian jangka panjang.

Respon Anwar itu merujuk kepada pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang memberi peruntukkan RM2 juta untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di UMS.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028