Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar tayar global, Goodyear membuat keputusan untuk menutup operasinya di Shah Alam berkuatkuasa 30 Jun ini sekali gus menjejaskan lebih kurang 550 pekerjanya.

Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, “Goodyear Forward” dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.

Beliau berkata, ia juga membantu memberi pertambahan keuntungan dan meningkatkan nilai untuk pemegang saham.

“Program itu katanya termasuk tindakan khusus untuk memberikan pengurangan kos tahunan sebanyak AS$1.0 bilion menjelang 2025, memastikan kumpulan kekal berdaya saing dan menjadi peneraju industri.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan yang sukar tetapi perlu untuk menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun 2024. Penutupan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun.

Langkah penutupan kemudahan, akan memberi kesan kepada kira-kira 550 jawatan dalam operasi Malaysia.

Nathaniel menjelaskan, Goodyear komited untuk melayan semua pihak yang terbabit dengan hormat dan penuh ketelusan semasa proses ini.

“Keputusan penutupan itu tidak dibuat dengan mudah, tetapi ia perlu dilaksanakan bagi memajukan kepentingan jangka masa panjang kedua perniagaan dan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Goodyear telah memulakan perniagaannya di Malaysia sejak 1929 dan menjadi pembekal tayar untuk kereta pertama negara, Proton Saga pada tahun 1985.

Goodyear turut menjadi kilang pertama yang menerima pensijilan ISO 9002 pada 1992.

Goodyear Tyre & Rubber Co ialah syarikat tayar ikonik Amerika Syarikat, menawarkan tayar di bawah jenama Goodyear, serta di bawah jenama Dunlop dan Kelly.

Saham syarikat itu baru-baru ini menjunam selepas laporan kewangan tahun penuh 2023 dikeluarkan yang menunjukkan pendapatan Goodyear turun 3.6 peratus kepada AS$20.1 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat itu juga merekodkan kerugian bersih sebanyak AS$689.0 juta, turun sebanyak 441 peratus daripada keuntungan AS$202.0 juta pada 2022.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028