Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia

  • News
  • March 15, 2024

KUALA LUMPUR: Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika pertemuan beliau bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah di Berlin, Jerman semalam.

Antara yang terlibat adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM).

“Kelapangan waktu yang ada di Berlin saya gunakan untuk berdiskusi dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah.

“Kami menyentuh beberapa perkara, antaranya peranan sarjana dan cabaran baharu dengan semaraknya Islamofobia di Eropah saat ini,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.


Perdana Menteri berkata, pada pertemuan itu mereka turut membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani permasalahan tersebut terutamanya di barat.

“Insya-Allah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya.

Anwar kini dalam lawatan rasmi enam hari ke Jerman bermula 11 Mac lepas. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar