Teladan Group, bangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138 hektar di Jasin

KUALA LUMPUR: Teladan Group Bhd menerusi anak syarikatnya, Riverwell Resources Sdn Bhd (RRSB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Melaka Corporation (MCORP), untuk membangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138.08 hektar di Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka.

Kerjasama dengan agensi pembangunan Kerajaan Negeri Melaka itu menarik pelaburan Jerman ke negeri Melaka dan mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia-Jerman.

Projek terbabit merangkumi pelbagai pembangunan perindustrian, termasuk lot banglo perindustrian, kilang berkembar, pejabat kedai dan kuarters buruh berpusat.

Di bawah MOU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam kajian kebolehlaksanaan dan perancangan pembangunan Projek Cadangan.

Perjanjian itu bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran pembinaan Teladan dan simpanan tanahnya yang terletak di sepanjang Jalan Gapam.

Pada masa yang sama, MCORP akan mengetuai pembangunan dan penjualan Projek Cadangan.

Pengarah Urusan Teladan, Richard Teo Lay Ban berkata, pihaknya yakin dengan keupayaan syarikat itu untuk membangunkan projek tersebut, dengan rekod prestasi kumpulan dalam membangunkan lebih RM2.9 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) dalam semua projek kediaman, komersial dan perindustrian.

“Kami optimis mengenai trajektori ekonomi Melaka, didorong oleh fokus Belanjawan 2024 dalam meningkatkan daya saing Melaka, di samping komitmen kerajaan untuk meletakkan negeri ini sebagai hab pelancongan global serta pusat perdagangan dan pelaburan.

“Dengan pengalaman Teladan di Melaka, kami berada pada kedudukan yang baik untuk meneroka peluang pembangunan baharu dan membuka kunci nilai komersil jangka panjang yang ketara,” katanya.

Sehingga 31 Disember, Teladan memiliki simpanan tanah berjumlah 433.62 hektar yang belum dibangunkan, dengan sebahagian besar terletak di Melaka membabitkan potensi GDV sebanyak RM2.7 bilion.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, kerjasama yang dimeterai itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dalam ASEAN dan mengeratkan hubungan ekonomi dengan Jerman.

Katanya, Projek Cadangan itu sejajar dengan inisiatif pertumbuhan ekonomi Kerajaan dengan menggalakkan kemajuan industri dan menarik industri berteknologi tinggi ke Melaka.

“Dengan memanfaatkan lokasi strategik Malaysia di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang teguh, kami menyasarkan untuk memacu industri, perniagaan dan perdagangan Melaka ke hadapan.

“Projek Cadangan mewakili satu langkah penting ke arah memajukan aktiviti perdagangan antarabangsa, mewujudkan peluang pekerjaan, dan meluaskan akses pasaran negara.

“Di MCORP, kami komited untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan dibina berdasarkan hubungan perdagangan yang teguh antara Malaysia dan Jerman, yang telah berkembang pesat sejak sedekad lalu.

Jerman kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia dalam Kesatuan Eropah, manakala Malaysia kini rakan dagang terbesar Jerman di Asia Tenggara. Tambahan pula, Malaysia terus menjadi destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) dengan syarikat Jerman melabur €8.5 bilion (RM43.61 bilion) setakat 2023.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar