Heitech Padu terima kontrak JPJ bernilai RM190 juta, selenggara infrastruktur ICT, sistem mySIKAP

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Berhad menerima kontrak bernilai RM190.01 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan teknologi itu berkata kontrak itu adalah bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal infrastruktur ICT serta Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu (mySIKAP) di pusat data dan semua pejabat JPJ.

Kumpulan itu berkata, kontrak itu adalah selama 36 bulan bermula 1 Mei 2024 hingga 30 April 2027.

“Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

“Kontrak ini adalah untuk kepentingan terbaik Syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya sehingga kontrak selesai,” katanya.

Kumpulan itu berkata, risiko berkenaan projek itu adalah risiko biasa yang dihadapi dan syarikat telah mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri serta mengurangkan risiko sekiranya berlaku.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar