Al-Ikhsan lantik bekas CEO 7-Elevan, Hishamuddin sebagai CEO baharu

KUALA LUMPUR: Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.

Hishamuddin, 53, sebelum ini berkhidmat sebagai CEO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bermula 2018-2020 dan pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dari 2017-2018.

Beliau mempunyai pengalaman hampir 30 tahun merentasi syarikat multinasional di pelbagai wilayah, justeru beliau membawa banyak pengalaman serta kepintaran kepimpinan kepada peranan baharunya.

Susulan pelantikan itu, Al-Ikhsan berkata, pihaknya teruja untuk memanfaatkan kepakaran dan visi Hishamuddin.

“Selain usaha korporat, Datuk Hishammudin amat komited terhadap tujuan sosial, melambangkan kepimpinan penuh belas ikhsan melalui penglibatannya dalam inisiatif menyokong komuniti,” kata syarikat itu.

Pada Mei tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas Syed Yasir Arafat Syed Abdul Kadir berkata, syarikat itu sedang dalam perbincangan awal untuk mengewangkan pelaburannya dalam Al-Ikhsan Sports melalui tawaran awam permulaan (IPO) atau jualan perdagangan, bergantung pada penilaiannya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar