Sapura Energy peroleh kontrak RM8.5 bilion dari Petrobas

KUALA LUMPUR: Sapura Offshore Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd diberikan kontrak bernilai AS$1.8 bilion (RM8.5 bilion) daripada Petroleo Brasileiro SA (Petrobras) untuk menyediakan perkhidmatan dan sewaan enam buah kapal sokongan pemasangan paip (PLSV).

Petrobras ialah syarikat khusus dalam minyak, gas asli dan tenaga milik Brazil.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy berkata kontrak itu adalah bagi tempoh tiga tahun, bermula pada tarikh yang berbeza mengikut setiap PLSV, dengan tempoh kontrak sehingga 2028.

“Skop kerja termasuk penyediaan kejuruteraan dasar laut, pemasangan dan perkhidmatan lain dengan menggunakan PLSV di perairan Brazil.

“PLSV itu akan menjalankan semua operasi termasuk pemasangan paip fleksibel, kabel kuasa dan umbilikal elektrik-hidraulik, baharu atau terpakai, pemunggahan, pengikat, penyambungan, pemasangan peralatan bawah laut dan ujian hidrostatik, pada kedalaman air maksimum 3,000 meter,” katanya.

Sapura Energy berkata, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan mereka bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025, dan tahun-tahun berikutnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028