Amazon umum buang 9,000 lagi pekerja

BENGALURU: Amazon.com Inc mengumumkan akan mengurangkan 9,000 lagi pekerja, menambah kepada gelombang pemberhentian yang melanda sektor teknologi apabila ketidaktentuan ekonomi mendesak syarikat-syarikat untuk menjadi lebih kecil.

Dalam satu perubahan mendadak bagi syarikat yang sekian lama dianggap mewujudkan pekerjaan, Amazon akan mengurangkan 27,000 jawatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, atau sembilan peratus daripada kira-kira 300,000 tenaga kerja korporat.

Pengurangan terkini itu tertumpu kepada jabatan awan dan pengiklanan Amazon yang begitu menguntungkan, satu ketika dilihat sebagai amat kukuh sehinggalah kebimbangan terhadap ekonomi menyebabkan pelanggan perniagaan terpaksa meneliti perbelanjaan mereka.

Pemberhentian itu akan turut menjejaskan unit penstriman Amazon, Twitch.

Dan Clancy, yang dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitch minggu lalu berkata, platform itu akan membuat kira-kira 400 pekerja.

Amazon menyasar untuk memuktamadkan senarai yang akan diberhentikan dalam pusingan baharu pembuangan pekerja menjelang April ini.

Saham syarikat itu jatuh 1.8 peratus.

Keputusan itu menyusuli berita pemberhentian pekerja yang hampir berterusan dalam sektor teknologi, menyaksikan beberapa syarikat paling bernilai di dunia, antaranya Microsoft Corp dan Alphabet Inc, memutuskan hubungan dengan sejumlah besar pekerja yang sebelum ini diambil secara besar-besaran.

“Saya tidak merasakan ini memberikan makna yang besar kepada syarikat lain, kecuali semuanya akan menjadi lebih berhati-hati sebelum membenarkan jumlah pekerja membesar pada masa hadapan,” kata penganalisis Wedbush Securities, Michael Pachter.

Minggu lalu, syarikat induk Facebook, Meta Platforms Inc mengumumkan akan membuang 10,000 pekerja tahun ini, memulakan pusingan kedua pemberhentian dalam sektor itu selepas menyingkirkan lebih daripada 11,000 pekerja pada 2022.

Dalam satu nota kepada pekerja yang dihantar dalam talian, CEO Amazon, Andy Jassy, berkata keputusan itu berpunca daripada analisis keutamaan dan ketidaktentuan mengenai ekonomi.

“Ada yang mungkin bertanya mengapa kami tidak mengumumkan pengurangan jawatan ini bersama dengan yang diumumkan beberapa bulan lalu,” tulisnya.

“Jawapan ringkas adalah tidak semua pasukan selesai dianalisis pada masa itu.”

“Berikutan ketidaktentuan ekonomi, dan ketidaktentuan yang muncul pada masa terdekat ini, kami memilih menyeragamkan lagi kos dan jumlah pekerja.”

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028