Petronas jual semua kepentingan dalam Engen, Vivo Energy jadi pemegang saham utama

KUALA LUMPUR: PETRONAS telah menyelesaikan pelupusan keseluruhan 74% kepentingannya dalam Engen Ltd (Engen) kepada Vivo Energy selepas mendapat kelulusan daripada Tribunal Persaingan Afrika Selatan.

Dengan transaksi pelupusan itu selesai, Vivo Energy akan menjadi pemegang saham utama Engen yang baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata sebagai anak syarikat kepada syarikat induk multinasional, Vitol dan bertapak kukuh dalam sektor tenaga Afrika, Vivo Energy memiliki pengalaman luas dalam sektor tenaga Afrika, membolehkannya memacu Engen dengan berkesan melalui fasa pertumbuhannya yang akan datang.

Phembani Group, rakan kongsi lama PETRONAS di Afrika dan pemegang saham dalam Engen akan kekal sebagai pemegang saham dalam syarikat itu bersama-sama dengan Vivo Energy, tambahnya.

PETRONAS mula memperoleh saham dalam Engen pada 1996 dan menjadi pemegang saham majoritinya pada 1998.

Perniagaan utama Engen adalah dalam pemasaran petroleum, pelincir, dan perkhidmatan kemudahan runcit.

Syarikat itu memiliki jejak runcit yang besar di sekitar 1,300 stesen servis di tujuh negara di sub-Sahara Afrika dan Kepulauan Lautan Hindi.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028