Anuar CEO baharu Ranhill Utilities

KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities memaklumkan bahawa telah melantik Anuar Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd yang baharu berkuat kuasa 16 Mei 2024.

Perlantikan itu bagi menggantikan Muhamad Faizal Aliar, yang dikatakan telah tidak lagi bersama kumpulan itu berkuat kuasa pada 15 Mei 2024 selepas disiasat kes rasuah.

Anuar, 61, memiliki Ijazah Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Teknologi Malaysia, dan mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam industri air.

Beliau juga pernah terlibat dalam peringkat antarabangsa menerusi tugasan ‘due diligence’ dan pengauditan perbekalan air di Arab Saudi, Filipina dan Indonesia.

Beliau merupakan calon paling sesuai untuk menerajui Ranhill SAJ bagi menguruskan perkhidmatan perbekalan air bersih di negeri Johor.

Ranhill SAJ ialah syarikat bekalan air bersepadu yang diperbadankan dalam proses rawatan, pengagihan dan pengurusan air. Ia menguruskan keseluruhan rangkaian air di Johor dan menguruskan pengambilan, rawatan, pengedaran dan penjualan air mentah sebagai pengendali tunggal bagi negeri ini.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar