100 usahawan selebriti bakal berkampung di Hoorrey X Fest Raya

KUALA LUMPUR —  memeriahkan  lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal, buat julung kalinya Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dan lebih menariknya ianya dianjurkan ketika umat islam berada di tempoh penghujung Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, berkata konsep mereka ialah 3 hari jualan sebelum raya iaitu konsep jualan pada harga borong.

Katanya untuk  lebih memeriahkan lagi jualan Hoorey X Fest Raya ini turut menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air dan Festival tersebut juga mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner.

Dalam pada itu, Mohammad Alif berkata, sempena penganjuran Hoorrey X Fest Raya kali ini juga, pelbagai acara menarik turut akan diselitkan dan itu termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTCKL.

“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival. Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti.

“Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,”katanya.

Tambah  Mohammad Alif lagi, pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya, dengan tidak menumpukan sebarang sasaran pengunjung.

“Kami cuma mahu memberi peluang kepada usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.

“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu kerana Ustaz Ebit Liew dijangka hadir dalam program Infaq Ramadan kerana belum ada lagi program seperti itu diadakan di tapak festival.

“Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai, kerana ini juga antara inisiatif membantu artis yang sedang diuji seperti Zamani Slam dan Yantzen.

Majlis Perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).

  • Sequeira

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    • April 9, 2026
    EPB Sahkan Laluan ke Pasaran Utama, Pemegang Saham Beri Mandat Penuh

    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    • April 7, 2026
    Helios Lancar Projek Mega Solar RM5.5 Bilion di Kelantan, Sasar Penyenaraian di Bursa Frankfurt Tahun Ini

    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    • March 14, 2026
    Malaysia sedia jawab siasatan AS, tolak dakwaan lebihan kapasiti bawa kepada lambakan

    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    • March 13, 2026
    Chin Hin sasar kukuh portfolio industri menerusi pembelian aset RM66 juta di Kota Damansara

    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    • March 9, 2026
    Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB