PM faham keresahan rakyat berhubung kes Faisal Halim dan Zayn Rayyan, arah polis siasat rapi

  • News
  • June 14, 2024

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta pihak polis melakukan siasatan rapi ke atas kes melibatkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abtul Matiin.

Perdana Menteri berkata beliau memahami keresahan rakyat berhubung kezaliman ke atas mangsa ke itu tetapi siasatan kes perlu dilakukan melalui proses yang betul.

“Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak OKU. Kita prihatin, saya kebetulan Perdana Menteri tetapi saya juga manusia. Saya juga nak tahu mengapalah sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak.

“Kalau saya, saya nak polis jawab esok tapi proses kena lalui. Kita tak peduli siapa tapi saya faham rakyat juga rasa resah.

“Tapi, apa yang saya boleh buat dengan Menteri Dalam Negeri iaitu mengarahkan menyegerakan siasatan rapi. Jangan persepsi, hanya fikir mungkin orang ini salah, ikut tafsiran hukum. Ini tak boleh (berlaku),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini.

Semalam, Faisal Halim muncul kali pertama di khalayak mahu individu yang menyimbah asid ke badannya diheret ke muka pengadilan secepat mungkin.

Perdana Menteri berkata, dalam merungkai kes berkenaan, beliau pernah memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain supaya menyegerakan siasatan tanpa sebarang campur tangan.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028