Senai Airport City bakal terima pelaburan asing RM250 juta

SENAI: Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB), anak syarikat milik penuh MMC Corporation Bhd (MMC) dijangka menarik masuk pelaburan langsung asing (FDI) baharu bernilai RM250 juta, tahun ini.

Proses perbincangan bagi tujuan itu kini sedang dilaksanakan dengan tiga syarikat iaitu dua dari Taiwan dan satu dari Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif SACSB, Gan Seng Keong, berkata FDI yang disasarkan meliputi keluasan kira-kira 40.46 hektar kawasan di pembangunan itu membabitkan sektor elektrik dan elektronik (E&E) selari dengan ekosistem SACSB fokus kepada industri bersih dan berteknologi tinggi.

“SAC menyasarkan sekurang-kurangnya 100 ekar (40.46 hektar) kawasan pembangunan SAC ini menjadi tarikan pelaburan asing tahun ini.

“Bagi keluasan itu, kami sedang melihat tiga syarikat asing dari Taiwan dan Jerman yang membawa sektor E&E memandangkan SAC sendiri fokus kepada industri bersih dan berteknologi tinggi.

“Oleh itu, ramai pelabur yang berminat melabur di SAC membawa ekosistem yang hampir sama dengan SAC sekali gus mereka juga boleh menjadi rantaian bekalan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada lawatan media ke SAC di sini, semalam.

Seng Keong berkata, dengan pelaburan asing yang baharu itu, sebanyak 3,000 peluang pekerjaan bakal dimanfaatkan rakyat tempatan khususnya tenaga kerja berkemahiran.

“Syarikat yang akan melabur itu nanti adalah industri teknologi tinggi yang kebanyakannya beroperasi secara automasi jadi kebanyakkannya menggunakan tenaga kerja mahir dan dengan pelaburan asing yang masuk, sekurang-kurangnya 3,000 tenaga kerja diperlukan bagi fasa pertama membabitkan 90 peratus pekerja tempatan,” katanya.

Berkongsi cabaran dihadapi SACSB pasca pandemik, Seng Keong berkata, mereka perlu menarik pelabur yang boleh mengejar garis masa yang singkat.

“Selepas pandemik, kami sememangnya menerima masuk beberapa pelabur, namun cabarannya apabila perlu menarik minat pelabur yang boleh mengejar garis masa untuk menyiapkan projek dengan segera.

“Pelabur perlu segera memulakan operasi mereka tahun ini bagi membolehkan mereka mempelbagaikan rantaian bekalan mereka di rantau Asia Pasifik,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028