Ringgit terus meningkat, RM4.14 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.

Keadaan ini disumbangkan oleh data ekonomi tempatan yang lebih baik berbanding jangkaan dan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1490/1600 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1605 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS susut melebihi jangkaan kepada 98.7 mata, memperlihatkan pengguna, yang membentuk dua pertiga daripada ekonomi AS, berhati-hati dengan prospek masa depan.

“Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) menyusut 0.49 peratus kepada 100.360 mata.

“Oleh itu, ringgit sewajarnya kekal positif berikutan penurunan kadar faedah selanjutnya di AS,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding euro kepada 4.6427/6550 daripada 4.6274/6335 semasa ditutup pada Selasa, berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.5704/5852 daripada 5.5590/5663, dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9002/9083 daripada 2.8796/8836.

Ia juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 273.1/274.0 daripada 273.5/274.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.40 daripada 7.39/7.40 semasa ditutup pada Selasa.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2348/2437 daripada 3.2244/2289 dan berkurangan kepada 12.7184/7607 daripada 12.6426/6640 berbanding baht Thailand.

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar