Magma beli tanah RM80 juta daripada syarikat milik Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR: Magma Group Bhd (dahulu dikenali sebagai Impiana Hotels Berhad) akan membeli tanah pegangan pajak seluas 2.26 ekar di Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur daripada Skyload Express Sdn Bhd, syarikat 45% milik lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dengan harga RM80 juta.

Baki 55% daripada Skyload dimiliki oleh Empire Solaris Sdn Bhd, yang seterusnya 80% dikawal oleh pemegang saham utama dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Magma, Datuk Seri Lee Hock Seng.

Magma dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, tanah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur itu telah mendapat kelulusan untuk dua menara 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan dan ruang komersial.

Magma akan membayar tanah itu melalui wang tunai RM8 juta dan terbitan 120 juta saham biasa baharu kepada Skyload, bersama-sama dengan 47.71 juta saham keutamaan tidak boleh tukar boleh tebus (RPS).

120 juta saham itu akan diterbitkan pada 20.24 sen sesaham, manakala RPS akan diterbitkan pada RM1 sesaham.

Selepas selesai penjualan tanah, Chong Wei akan mempunyai kepentingan langsung sebanyak 2.48% dalam Magma dan kepentingan tidak langsung sebanyak 11.89%.

Hock Seng, sebaliknya, akan menyaksikan peningkatan dalam kawalan ekuitinya dengan kepentingan langsung dan tidak langsung masing-masing pada 11.31% dan 17.04%.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar