Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih AS$6.5 bilion (RM27.053 bilion) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI dan memindahkan beban kerja yang penting kepada “Oracle Cloud Infrastructure” (OCI).

Oracle turut memetik kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang berkata:

“Kami amat mengalu-alukan pelaburan AS$6.5 bilion oleh Oracle di Malaysia, yang mewakili satu lagi pengembangan operasi 36 tahun mereka di Malaysia.

“pelaburan ini akan memperkasakan entiti Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, dengan AI dan teknologi awan yang inovatif dan termaju untuk meningkatkan daya saing global mereka.”

Beliau berkata pelaburan itu juga adalah langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar pada 2030.

“Keputusan Oracle untuk mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia menekankan ketersediaan infrastruktur Malaysia dan kedudukan negara yang semakin kukuh sebagai destinasi utama Asia Tenggara bagi pelaburan digital,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Oracle Garrett Ilg berkata Malaysia menawarkan peluang pertumbuhan unik untuk organisasi yang ingin mempercepat pengembangan masing-masing dengan teknologi digital terkini.

“Pelaburan berbilion dolar kami mengesahkan komitmen Oracle kepada Malaysia sebagai pintu masuk serantau untuk infrastruktur awan serta set lengkap penggunaan SaaS (perisian sebagai satu perkhidmatan) yang digunakan di Malaysia,” katanya yang juga Pengurus Besar Oracle bagi Jepun dan Asia Pasifik.

Naib Presiden Awan, Pusat Data dan Infrastruktur Digital Masa Depan Asia Pasifik, International Data Corporation (IDC), Franco Chiam berkata wilayah awan Oracle yang akan diwujudkan di Malaysia menandakan potensi negara ini untuk menjadi hab bagi inovasi teknologi dan pertumbuhan di Asia Tenggara.

Menurut Oracle, wilayah awan awam yang dirancang akan membantu organisasi di Malaysia memodenkan penggunaan mereka, memindahkan semua jenis beban kerja kepada awan, dan berinovasi dengan data, analitik dan AI.

Pelanggan boleh mempunyai akses kepada, antara lain “OCI Generative AI Agents” Oracle dengan keupayaan penjanaan tambahan dapatan semula (RAG) serta perkhidmatan pengkomputeran dipercepat dan AI generatif untuk membantu mengekalkan model AI berdaulat dalam sempadan negara.

“Selain itu, lebih 150 perkhidmatan termasuk “Oracle Autonomous Database” dan “Oracle Cloud VMware Solution” juga akan tersedia, menawarkan perkhidmatan infrastruktur, platform atau SaaS kepada pelanggan,” tambah Oracle. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028