Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • News
  • October 3, 2024

KUALA POLIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan sebanyak 206 akaun milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai RM5,688.80.

“Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA),” katanya.

Selain itu, katanya turut dibekukan adalah 19 hartanah dan 31 kenderaan termasuk bas milik syarikat berkenaan.

Razarudin berkata, polis juga menyita 19 kenderaan dan sebuah lori, pelbagai haiwan dianggarkan bernilai RM230,000, wang tunai RM16,850 serta dua utas jam tangan bernilai RM600.

Terdahulu, media melaporkan, PDRM meneliti akaun bank yang dikaitkan dengan GISBH.

Razarudin dilaporkan berkata, ia penting bagi membantu siasatan lanjut membabitkan organisasi itu.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi mengesan sekiranya wujud transaksi ke dalam akaun peribadi pemimpin kanan GISBH.

Sebelum ini, katanya, sebanyak 153 akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dibekukan antaranya 138 akaun bank membabitkan dana berjumlah RM882,795.94 manakala 15 akaun lagi ditutup.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar