BlackRock, YTL hasrat beli apartmen servis Citadines Raffles Place di Singapura

KUALA LUMPUR: Pengurus aset terbesar dunia, BlackRock Inc (BlackRock) dan pemaju Malaysia, YTL Corp menerusi YTL Hotels, dijadual membeli apartmen servis dalam sebuah bangunan pejabat utama di daerah perniagaan di Singapura.

Menurut sumber dalam satu kenyataan, BlackRock sedang berusaha untuk membeli Citadines Raffles Place dengan harga hampir RM953 juta. YTL Hotels, yang dipengerusikan Tan Sri Francis Yeoh, akan memiliki pegangan minoriti dalam pembangunan yang mempunyai 299 bilik tersebut.

Kemudahan itu terletak di CapitaSpring, sebuah bangunan pejabat yang siap dibina pada tahun 2021.

Jelas sumber, kedua-dua syarikat berkenaan berhasrat mengubahsuai kediaman berkenaan menyerupai hotel untuk dijadikan lokasi penginapan sekurang-kurangnya satu malam.

Tetamu aparmen servis di Singapura itu kini perlu bermalam sekurang-kurangnya selama tujuh hari.

CapitaSpring dimiliki oleh usaha sama yang diketuai oleh cabang pembangunan swasta CapitaLand Group Pte dan CapitaLand Integrated Commercial Trust dengan syarikat Jepun, Mitsubishi Estate Co, memegang 10% pegangan.

Transaksi itu menandakan satu lagi pembelian untuk BlackRock dalam kelas aset yang menjadi pilihan mereka di Singapura.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028