Citi lantik Ng Hooi Wan sebagai Ketua Pasaran di Malaysia

KUALA LUMPUR: Citi lantik bekas Pengarah Eksekutif JP Morgan Chase & Co., Ng Hooi Wan sebagai Ketua Pasaran untuk Malaysia, berkuat kuasa Disember 2024.

Dalam satu kenyataan, Citi menyatakan, Hooi Wan mengetuai pasaran tempatan dan jualan bahagian swasta di JP Morgan sejak menyertai syarikat tersebut di Malaysia pada akhir 2011.

Citi menambah, beliau akan melapor kepada Ketua Pasaran bagi Kluster Asia Selatan, Sue Lee, dan Pegawai Negara Citi serta Ketua Perbankan untuk Malaysia, Vikram Singh.

Hooi Wan mempunyai pengalaman lebih 24 tahun dalam perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya dalam pasukan perbankan korporat di Bank of Tokyo-Mitsubishi, sebelum berkhidmat di Southern Bank Berhad.

Beliau kemudian menyertai Standard Chartered Bank pada tahun 2006 di mana beliau bertanggungjawab untuk jualan korporat tempatan dalam pasaran global dan transaksi dalam pasaran modal hutang.

Vikram menyatakan, Malaysia adalah pasaran penting bagi Citi di peringkat global, di mana syarikat melihat pertumbuhan yang kukuh dalam perniagaan yang saling berkaitan.

“Malaysia berada di barisan hadapan pelaburan asing dan domestik, ketika negara ini terus mendapat manfaat daripada perubahan rantaian bekalan. Saya yakin di bawah kepimpinan Hooi Wan, momentum pertumbuhan Citi akan berterusan,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata, Citi mempunyai francais pasaran yang terkemuka di Malaysia dan Asia, dan dengan pengalaman luas Hooi Wan dalam pasaran tempatan, syarikat berada dalam kedudukan baik untuk mengembangkan francais Malaysia dengan lebih luas.

“Beliau akan memimpin perniagaan pasaran di Malaysia dengan pendekatan yang berpusatkan pelanggan, memanfaatkan jejak global dan kemampuan penyusunan penyelesaian kami,” katanya.

Citi yang memberi khidmat kepada syarikat, pelabur institusi dan kerajaan, beroperasi di hampir 80 negara.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028