HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd memperoleh kontrak bernilai RM892.19 juta untuk projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Syarikat itu berkata, kontrak berkenaan adalah untuk mengkaji, mencadangkan, mereka bentuk, membangun, membekal, menghantar, memasang, menguji, menyepadukan, memindahkan dan menyegerakkan data, pentauliahan dan pelaksanaan pengurusan perubahan dan latihan untuk projek NIISe.

“Kontrak ini adalah untuk tempoh 60 bulan bermula dari 18 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2029,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

HeiTech Padu berkata, ia perlu mengemukakan kepada kerajaan Malaysia bon prestasi yang berjumlah RM8.92 juta dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh penerimaan kontrak itu.

“Tanpa sebarang keadaan yang di luar jangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan dan seterusnya sehingga kontrak selesai,” katanya.

Sementara itu, dalam makluman yang berasingan, HeiTech Padu berkata urus niaga sahamnya akan disambung semula berkuat kuasa 9 pagi pada 21 Oktober 2024. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028