Blackberry tubuh ibu pejabat keselamatan siber serantau di Malaysia

  • News
  • October 28, 2024

KUALA LUMPUR: BlackBerry Ltd yang berpangkalan di Kanada mengumumkan penubuhan ibu pejabat serantau Asia Pasifik (Apac) di Malaysia bagi bahagian keselamatan sibernya di Cyberjaya, yang kini beroperasi sepenuhnya.

Penyedia perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar itu berkata pembukaan ibu pejabat baharu dan pengembangan serantau itu memperlihatkan komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, susulan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan pada November 2023.

BlackBerry bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber, iaitu kemudahan latihan bertaraf dunia untuk membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyambut baik langkah BlackBerry untuk menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Malaysia.

“Langkah ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada Malaysia malah akan membolehkan rantau ini memanfaatkan penyelesaian keselamatan siber terkini yang ditawarkan oleh BlackBerry,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Blackberry hari ini.

Naib Presiden Keselamatan Siber BlackBerry bagi Apac, Tash Stamatelos berkata Malaysia adalah pasaran yang penting secara strategik bagi BlackBerry.

Menurutnya syarikat itu berbangga dengan penubuhan ibu pejabat Apac baharu di sini sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan serantaunya.

“Berikutan peranan negara ini sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kami memuji usaha Malaysia dalam memajukan transformasi digital dan kerjasama serantau dalam bidang seperti keselamatan siber, dan pelaburan berterusan dalam kemahiran, inovasi dan infrastruktur untuk meningkatkan ekonominya,” katanya.

Pasukan BlackBerry di Malaysia meliputi bahagian jualan, pemasaran, penyelidikan ancaman, sokongan teknikal, perkhidmatan profesional, pentadbiran, pengurusan dan jurulatih keselamatan siber berkemahiran yang kesemuanya berperanan untuk menyokong pejuang siber di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar