Sarawak Metro anugerah kontrak bekal bas hydrigen bernilai RM122 juta kepada syarikat kerjasama SKS Coachbuilders, Sun Credit

  • News
  • October 29, 2024

KUALA LUMPUR: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) telah menganugerahkan kontrak bernilai lebih RM122 juta untuk pembekalan bas pengantara berkuasa hidrogen kepada syarikat usaha sama (JV) yang terdiri daripada SKS Coachbuilders Sdn Bhd dan Sun Credit Sdn Bhd.

Syarikat usaha sama itu diamanah untuk melaksanakan kerja-kerja mereka bentuk, kejuruteraan, perolehan, pembuatan, pembekalan, pemasangan, penghantaran, pengujian, pentauliahan dan penyerahan 55 bas pengantara sel bahan api hidrogen.

,enurut Sarawak Metro dalam satu kenyataan, kontrak itu yang bernilai RM122,441,222 termasuk opsyen akan dilaksanakan dalam tempoh 43 bulan.

Bas berkuasa hidrogen itu akan menyokong rangkaian sistem Autonomous Rapid Transit (ART) di bawah projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), dalam menyediakan sambungan pertama dan terakhir.

Sebanyak enam penyerahan tender telah diterima pada penutupan tender pada 26 Julai 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Mazli Mustaffa menandatangani perjanjian itu bagi pihak Sarawak Metro.

Majlis menandatangani kontrak itu diadakan di sini pada Khamis lalu dengan Sarawak Metro diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mazli Mustaffa manakala SKS Coachbuilders diwakili pengarahnya, Muhamad Zaidi Toha bersama Pengerusi Sun Credit, Sempurai Petrus Ngelai.

Mazli berkata, penganugerahan kontrak ini merupakan satu langkah penting ke arah membina rangkaian pengangkutan awam yang lebih dipercayai, mudah dan mesra alam di Kuching.

“Kepada syarikat JV, marilah kita bekerjasama ke arah matlamat ini untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam Sarawak,” kata Mazli.

Sarawak Metro, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), ditugaskan untuk melaksanakan, mengendalikan dan menyelenggara projek KUTS, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028