MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

KUALA LUMPUR: MMAG Holdings Bhd (MMAG) telah diberikan surat pengecualian oleh Bursa Securities daripada diklasifikasikan sebagai syarikat tersenarai di bawah Nota Panduan 3 (GN3).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMAG berkata, kelulusan pengecualian pada 15 November 2024 itu biasanya diberikan kepada syarikat tersenarai Pasaran ACE yang mengalami masalah kewangan.

“Selepas kelulusan, syarikat akan terus mengambil langkah bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan, sambil memastikan pematuhan kepada keperluan penyenaraian Pasaran ACE Bursa Securities.

“Lembaga Pengarah MMAG tetap komited untuk melaksanakan rancangan dan strateginya bagi meningkatkan kedudukan kewangan kumpulan, mengekalkan ketelusan dan memenuhi semua kewajipan kawal selia,” katanya.

Syarikat itu, yang terlibat dalam penjualan peranti digital dan perkhidmatan logistik, disenaraikan sebagai syarikat GN3 selepas ekuiti pemegang sahamnya jatuh di bawah 50% daripada modal saham terbitan pada tahun berakhir 31 Mac 2023 (FY2023).

Sebagai maklum balas, MMAG berkata, kumpulan itu telah mengumpul dana melalui terbitan hak dan penukaran waran sejak penyata kewangan teraudit dikeluarkan.

Katanya, jumlah yang diperoleh ialah RM145.34 juta sebanyak 10 sen sesaham pada Januari dan memperolehi RM92.09 juta daripada penukaran waran dari Januari hingga September, pada 15 sen setiap satu saham.

Pada akhir Jun 2024, MMAG mencatat tunai bersih sebanyak RM52.6 juta, tidak mengambil kira liabiliti pajakan sebanyak RM52.62 juta.

Kumpulan itu merancang untuk mengurangkan modal bagi menangani tahap ekuitinya.

Sepanjang bulan lalu, MMAG telah mencapai kemajuan dalam usaha niaga berkaitan penerbangannya, setelah mendapat kelulusan kawal selia bagi menjalankan aktiviti pengendalian darat selama satu tahun dan melaksanakan perniagaan pajakan pesawat di Labuan.

Dalam 18 bulan berakhir September 2024, MMAG mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM95.71 juta, atas hasil sebanyak RM824.44 juta, yang dikaitkan dengan kos pengembangan perniagaan.

Pada suku Julai sehingga September 2024, MMAG mencatat keuntungan RM21.04 juta, terutamanya berikutan ringgit yang lebih kukuh dan pembalikan kemerosotan akibat pemulihan penghutang.

Sementara itu, harga saham MMAG didagangkan setengah sen atau 1.18% lebih tinggi pada 43 sen, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM981.59 juta.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028