Bin Zayed International buka pejabat di Malaysia, komited labur AS$2 bilion

KUALA LUMPUR: Konglomerat pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) telah komited untuk melabur AS$2 bilion (AS$1=RM4.466) di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan Bin Zayed International (M) Bhd, Datuk Seri Shamir Kumar Nandy berkata sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan strategiknya, kumpulan itu akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

“Terdapat banyak potensi dalam sektor tersebut di Asia Tenggara. Ini adalah sektor yang kita lihat dan AS$2 bilion hanyalah penanda aras awal. Ia mungkin lebih daripada itu apabila peluang itu muncul,” katanya kepada pemberita selepas malis perasmian pejabat Malaysia kumpulan itu di Tun Razak Exchange pada Sabtu.

Syarikat itu akan menjadi pangkalan utama operasi firma di rantau ini dan meneroka pelaburan lebih luas sambil menggiatkan pembangunan.

Sheikh Khaled, berkata dengan kehadiran syarikat di Malaysia, ia menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam perjalanan mereka daripada sebuah syarikat tempatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada kumpulan yang berkembang di peringkat global.

Turut hadir adalah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul, Pengarah Urusan Kumpulan BZI Sheikh, Midhat Kidwai, ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan, ahli lembaga pengarah dan kakitangan utama BZI.

Selain Malaysia, BZI juga mempunyai pejabat di Singapura.

Shamir berkata syarikat itu telah memulakan beberapa projek hartanah termasuk satu di Kulim, Kedah, dan dua di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai projek Langkasuka di Langkawi, Kedah, beliau mengesahkan kumpulan itu telah menarik diri daripada projek itu.

“Kami tidak lagi terlibat dengan projek Langkasuka. Sejak 2022, kami memutuskan untuk menarik diri dan memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik, realistik dan potensi lebih besar,” katanya.

Pada 2021, Widad Business Group Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan BZI untuk membantu membangunkan pembangunan bercampur RM40 bilion yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.

Selain hartanah, Bin Zayed International telah mengenal pasti syarikat dalam sektor tenaga baharu untuk menyokong rancangan pengembangannya di Malaysia.

“Kami telah mengenal pasti syarikat tertentu dan sedang berunding dengan mereka untuk melihat keperluan mereka dalam menjadikan mereka pemain global secepat mungkin,” kata Shamir.

Terdahulu, Johari Abdul dalam ucapannya berkata kerjasama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu adalah cerminan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara.

“Kami percaya dengan kepakaran, visi dan komitmen Bin Zayed International terhadap inovasi, Malaysia akan menjadi hab pusat perniagaan di Asia Tenggara.

“Ketika Malaysia melakukan persiapan sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, tumpuan kami pada keterangkuman dan kemampanan akan memacu usaha untuk menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama di rantau ini,” katanya.

Johari menekankan bahawa kerajaan terus komited untuk bekerjasama dengan sektor swasta untuk mewujudkan dasar memupuk pertumbuhan dan persekitaran perniagaan yang kompetitif di Malaysia.

Coelho

Related Posts

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd bercadang mengumpulkan sehingga RM52.66 juta melalui pelaksanaan tawaran persendirian melibatkan penerbitan sehingga 82.28 juta saham baharu atau bersamaan 10 peratus daripada modal saham terbitannya kepada…

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pendigitalan perkhidmatan kerajaan di Filipina apabila anak syarikat usaha samanya, MYEG Philippines Inc. (MYEG PH), memeterai beberapa perjanjian strategik dengan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

  • June 9, 2026
Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa