Socar perkenal Ramadan Raya Monthly Pass, tawar penjimatan besar

KUALA LUMPUR: SOCAR melancarkan Ramadan Raya Monthly Pass baharu dengan menawarkan penjimatan besar untuk penyewaan lebih daripada RM400 sebulan.

Dengan pas baharu itu, pelanggan ditawarkan dengan pilihan melibatkan pemilihan kenderaan, memanfaatkan lebih 2,000 kereta SOCAR daripada kompak jimat bahan api hingga kepada SUV.

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR, Shylendra Nathan berkata, pas bulanan tersebut menawarkan kemudahan dan penjimatan yang tiada tandingan kepada pelanggan.

Menurutnya, SOCAR menyedari kepentingan menyediakan pelanggan dengan pilihan pengangkutan yang fleksibel dan mampu milik.

“Dengan cara ini mereka boleh melakukan perjalanan tanpa perlu risau tentang kos penyewaan, bahan api atau penyelenggaraan dan mampu milik.

“Pada dasarnya, Monthly Pass kami direka untuk membantu orang ramai ke tempat yang mereka perlu pergi, tanpa perlu risau tentang kos atau kerumitan pemilikan kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pelanggan yang menyewa dalam tempoh singkat, SOCAR memperkenalkan dua tawaran tambahan dengan tempahan sehingga 2 jam yang dibuat antara pukul 9 pagi hingga 3 petang akan menikmati diskaun 50%.

Manakala, tempahan sekurang-kurangnya 2 jam antara pukul 4 petang hingga 8 malam layak mendapat diskaun 35%. Kedua-dua tawaran sah sehingga 21 April 2023.

SOCAR Ramadan Raya Monthly Pass berharga RM99 boleh dibeli mulai sekarang di laman web SOCAR.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar