Salim Fateh Din dilantik semula pengerusi SKMM berkuatkuasa 1 Mac 2025

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tempoh dua tahun lagi, berkuat kuasa 1 Mac 2025.

Lanjutan tempoh jawatan Salim yang dijangka tamat pada 28 Februari depan itu dibuat semalam oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Mohamad Salim yang juga Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd, pertama kali memegang jawatan itu pada 1 Mac 2023.

Sebelum ni merupakan ahli lembaga SKMM dan pengerusi sementara dari Jun hingga Disember 2022.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli panel perundingan dan pencegahan rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2022 hingga 2024.

Pada November lalu, beliau dilantik sebagai profesor adjung di Universiti Multimedia.

Di bawah kepimpinannya, SKMM menandatangani perjanjian strategik dengan Agensi Internet dan Keselamatan Korea, Blackberry Limited, dan Microsoft Malaysia, yang bertujuan untuk memperkukuh keselamatan siber dan pembangunan kecerdasan buatan Malaysia, antara lain.

SKMM juga sedang berusaha membangunkan Kota Kinabalu, Sabah, dan Ipoh, Perak, menjadi bandar pintar dengan menyesuaikannya dengan infrastruktur dan teknologi digital yang diperlukan.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028