Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

  • News
  • January 22, 2025

KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana Khazanah dan PNB milik Fashion Valet Sdn Bhd berjumlah RM8 juta, tujuh tahun lalu.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.

“Tidak bersalah, mohon bicara,” kata pasangan itu.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad berjumlah RM8 juta.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan di Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah mencadangkan, mahkamah mengguna pakai jaminan yang sama ditetapkan dalam prosiding lalu, iaitu RM100,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan.

Rosli kemudiannya membenarkan perkara itu, selepas peguam, Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri berkenaan, tidak membantah isu ikat jamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028