Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAHB letak jawatan sebelum nyahsenarai Bursa

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan dinyahsenarai di Bursa Malaysia pada Khamis ini selepas pengambilalihan oleh konsortium Gateway Development Sdn Bhd (GDA).

Susulan itu, Pengerusi MAHB, Nuangsari Ahmad Radhi berkata, semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukakan peletakan jawatan mereka berkuat kuasa pada tarikh penyahsenaraian syarikat tersebut.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif terbabit terdiri daripada Datuk Mohamad Husin, Ramanathan Sathiamutty, Khor Hui Peng, Datuk Seri Koe Peng Kang dan Chia Woon Liat.

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Datuk Zainun Ali, yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pengarah, juga meletak jawatan berikutan tamatnya tempoh perkhidmatannya sebagai penama Kementerian Kewangan (Diperbadankan) pada 16 Feb.

Nungsari berkata, kumpulan itu mengadakan mesyuarat lembaga pengarah terakhir sebagai syarikat tersenarai Bursa semalam.

Mensyuarat itu menandakan berakhirnya perjalanan 25 tahunnya sebagai entiti senaraian awam bermula November 1999 apabila sahamnya mula dijual RM2.50 seunit.

Beliau berkata, tawaran GDA baru-baru ini untuk menswastakan MAHB pada RM11.00 sesaham mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) bagi harga saham lebih 6% dalam tempoh 25 tahun.

Nungsari berkata, MAHB juga telah mengagihkan dividen berjumlah RM2.81 bilion sehingga 2023.

MAHB menguruskan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia, termasuk lima lapangan terbang antarabangsa, 17 lapangan terbang domestik, dan 17 lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports).

GDA yang diterajui Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya mendapatkan saham yang mencukupi untuk menyahsenarai dan menswastakan MAHB pada 28 Jan.

Bursa Malaysia akan menggantung dagangan saham MAHB pada 20 Feb sebagai persediaan untuk penyahsenaraiannya daripada Pasaran Utama.

Konsortium GDA terdiri daripada Khazanah, KWSP, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi dan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock.

Nungsari berkata, pemegang saham baharu akan bertanggungjawab secara kolektif atas kesejahteraan syarikat, pekerjanya dan pembangunan sektor penerbangan Malaysia.

“Saya harap mereka bawa MAHB ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi kewajipan perjanjian operasi di Malaysia dan perjanjian konsesi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul,” tambahnya.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028