TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu (MEWRE) Kuwait.

Kontrak baharu yang bernilai kira-kira RM705 juta itu, melibatkan rakan kongsinya dari Kuwait, AL DHOW Engineering.

Kontrak itu memberi tumpuan kepada kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih menyeluruh (MRO) bagi Loji Jana Kuasa dan Penyulingan Air Sabiya yang terletak 65 kilometer dari Kuwait.

Loji dengan empat unit jana kuasa minyak dan gas berkapasiti keseluruhan 299.4 megawatt (MW) itu memainkan peranan penting dalam infrastruktur tenaga negara rantau Asia Barat tersebut sejak mula beroperasi pada 1998.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata perjanjian itu mencerminkan keyakinan MEWRE terhadap usaha sama TNB REMACO-AL DHOW untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang berkualiti tinggi dan mampan, bagi menyokong permintaan tenaga yang semakin meningkat di Kuwait.

Beliau berkata, kontrak itu sejajar dengan misi TNB untuk menjadi penyedia penyelesaian tenaga mampan yang terkemuka, bukan saja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

“Selain Kuwait, kami turut mengembangkan sayap ke United Kingdom (UK), Ireland, Australia, Turkiye, Arab Saudi, Pakistan dan Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menekankan komitmen TNB dalam menyokong sektor tenaga di Kuwait sambil mengembangkan portfolio antarabangsa.

Katanya, kerjasama itu bukan saja mengukuhkan kepakaran teknikalnya, malah turut mempereratkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Kuwait.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dan Pengerusi TNB REMACO, Datuk Ir Muhamad Nazri Pazil pula menekankan kehadiran kukuh TNB REMACO di Kuwait.

Beliau berkata, sejak memasuki pasaran penjanaan kuasa Kuwait pada 2013, TNB REMACO telah berkembang pesat dengan kini menguruskan 11 projek aktif dengan jumlah nilai kontrak melebihi RM4.54 bilion.

“Sejak 2013 juga, seramai 16 bakat dan pakar TNB telah dipinjamkan ke Kuwait bagi memantau projek ini dan kini enam orang kakitangan sedang mengetuai serta menguruskan kesemua 11 kontrak yang sedang berjalan,” katanya.

Muhamad Nazri turut menegaskan bahawa TNB REMACO bersedia untuk terus berkembang, di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada TNB Genco, TNB REMACO terus menunjukkan kepakaran teknikal dan keupayaannya dalam industri penjanaan tenaga.

“Kami komited untuk meluaskan perniagaan di Malaysia dan di luar negara,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar