Syed Mokhtar Albukhary kini pemegang saham utama EcoWorld

Kemunculan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sebagai pemegang saham utama baharu dalam Eco World Development Group Berhad dilihat sebagai antara perkembangan korporat paling signifikan dalam sektor hartanah tempatan tahun ini.

Langkah itu berlaku selepas Datuk Leong Kok Wah memindahkan keseluruhan pegangannya dalam Syabas Tropikal Sdn Bhd kepada Syed Mokhtar, sekali gus menamatkan penglibatan beliau sebagai pemegang saham utama tidak langsung dalam EcoWorld.

Melalui transaksi tersebut, Syed Mokhtar kini menguasai kepentingan strategik dalam EcoWorld menerusi Syabas Tropikal, yang memiliki sepenuhnya Sinarmas Harta Sdn Bhd. Entiti itu memegang kira-kira 969.9 juta saham EcoWorld, bersamaan sekitar 30.1 peratus daripada modal saham terbitan syarikat pemaju hartanah berkenaan.

Perubahan struktur pegangan saham itu turut menandakan kemasukan rasmi Syed Mokhtar ke dalam landskap pembangunan hartanah berskala besar yang diterajui EcoWorld, sebuah syarikat yang mempunyai simpanan tanah luas di Lembah Klang, Iskandar Malaysia, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM100 bilion.

Pengerusi Eksekutif EcoWorld, Liew Kee Sin berkata pihak syarikat menghargai sokongan yang diberikan Leong sepanjang lebih sedekad lalu, selain optimis terhadap kerjasama baharu bersama Syed Mokhtar dalam memperkukuh pertumbuhan kumpulan itu pada masa depan.

Syed Mokhtar dikenali sebagai antara tokoh korporat paling berpengaruh di Malaysia dengan kepentingan meluas dalam sektor pelabuhan, logistik, automotif, tenaga dan infrastruktur menerusi syarikat utama seperti MMC Corporation Berhad dan DRB-HICOM Berhad. Walaupun lebih merendah diri pengaruh beliau dalam ekosistem ekonomi negara dianggap sangat besar khususnya dalam sektor strategik berkaitan pembangunan nasional.

Selain pasaran domestik, jenama EcoWorld juga pernah mengembangkan operasi antarabangsa menerusi projek yang dilaksanakan oleh EWI Capital di United Kingdom dan Australia sepanjang tempoh 2015 hingga 2025, sekali gus menjadikan syarikat itu antara pemain hartanah Malaysia yang mempunyai jejak global.

  • Sequeira

    Related Posts

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    KUALA LUMPUR, Sept 30 – The RM2.8 billion Helios Solar Park in Gua Musang, Kelantan, with a planned generation capacity of one gigawatt (GW), is targeted to commence commercial operations…

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – AIZO Group Berhad (“AIZO” atau “Syarikat”) terus memperkukuh segmen pembinaannya selepas anak syarikat milik penuh, AIZO Construction Sdn. Bhd. (“AIZO Construction”), menerima subkontrak bernilai…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028