Kadar pengangguran di Selangor lebih rendah berbanding purata nasional didorong kekuatan aktiviti pembinaan

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Selangor adalah lebih rendah berbanding kadar purata nasional sejak 2015 didorong kekuatan adalam aktiviti pembinaan.

MIDF Research berkata, ekonomi negeri itu kekal mampan kerana kepelbagaian sektor ekonomi dan pendedahan minimum kepada turun naik harga minyak sawit mentah (MSM).

“Negeri ini mendapat manfaat daripada aktiviti pembinaan dan peningkatan populasi mengukuhkan sektor perkhidmatan, mengekalkan peluang pekerjaan yang tinggi.

“Peningkatan berterusan dalam aktiviti ekonomi domestik, aliran perdagangan luar yang berkembang dan pelancongan yang bertambah baik diramalkan akan memacu pekerjaan dan menurunkan kadar pengangguran,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu berkata, lebih separuh daripada tenaga kerja negeri adalah dalam sektor perkhidmatan yang antara lain bekerja dalam aktiviti perdagangan, pengedaran dan makanan & minuman.

Katanya, Selangor menguasai sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pekerjaan perlombongan terbesar di Malaysia selain menduduki tempat ketiga dalam pertanian.

“Bermula 2023, kami percaya pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik di negeri ini terutamanya dengan perkembangan sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.

“Pembinaan jajaran kereta api, jalan raya, bangunan kediaman dan bukan kediaman akan membuka lebih pekerjaan dalam sektor ini.

“Kami percaya pembukaan semula China dan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan menyokong aktiviti perdagangan luar dan mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

    KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

    ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

    KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026