2 pengurus PetroSaudi didakwa di Switzerland berhubung skandal 1MBD

  • News
  • April 26, 2023

GENEVA: Dua pengurus PetroSaudi didakwa di Switzerland semalam kerana disyaki menggelapkan hampir AS$2 bilion (RM8.89 bilion) berkaitan dengan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MBD) yang dicemari skandal.

Pejabat pendakwa raya Switzerland berkata, ia sudah memfailkan dakwaan terhadap dua pengurus PetroSaudi yang tidak dinamakan dengan tuduhan penipuan, jenayah berat salah urus dan pengubahan wang haram.

“Mereka didakwa, dengan tujuan memperkayakan diri sendiri dan orang lain, menyeleweng sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion (RM8 bilion) yang dipindahkan dari dana 1MBD berkaitan usaha sama dengan PetroSaudi dan melakukan pengubahan wang haram dengan jumlah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dakwaan meliputi tempoh dari 2009 hingga 2015 itu adalah perkembangan terbaru dalam apa yang disifatkan sebagai ‘pengubahan wang haram yang terbesar pernah berlaku’.

Mula dihidu pada 2015, siasatan terus dilancarkan di seluruh dunia terhadap skandal rasuah terbesar, turut membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes itu.

Menurut dakwaan peguam negara yang difailkan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland, dua pengurus syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi, PetroSaudi bersubahat dengan pembiaya Malaysia dan ‘orang kanan’ Najib, Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, di tengah-tengah skandal 1MBD.

Dilaporkan, mereka ‘mencadangkan skim pelaburan yang merangkumi transaksi kerajaan kepada kerajaan’ antara Arab Saudi dan Malaysia melalui 1MBD, yang membabitkan usaha sama PetroSaudi dan 1MBD.

Selain itu, kedua-dua tertuduh dan Jho Low berjaya meyakinkan lembaga pengarah 1MBD untuk membenarkan pemindahan AS$830 juta (RM3.7 bilion) sebagai sebahagian daripada pinjaman patuh syariah yang menyusuli usaha sama itu.

Susulan itu, lembaga pengarah meluluskan urus niaga itu, yang diteruskan pada Sptember 2009 dengan 1MBD mengemukakan pelaburan tunai AS$1 bilion (RM4.45 bilion).

“Bagaimanapun, AS$700 juta (RM3.1 bilion) daripada wang berkenaan segera dipindahkan ke akaun bank Swiss atas nama syarikat dimiliki Jho Low, yang memindahkan AS$85 juta (RM378 juta) kepada salah seorang tertuduh, yang kemudian memindahkan AS$33 juta (RM147 juta) kepada seorang lagi tertuduh.

“Baki AS$300 juta (RM1.3 bilion) lagi disimpan dalam akaun bank Swiss milik usaha sama itu tetapi hanya memanfaatkan PetroSaudi.

“Malah, dana yang dipindahkan juga diselewengkan,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa AS$80 juta (RM357 juta), kononnya kadar faedah bagi bayaran yang dipindahkan kepada 1MBD, sebenarnya diambil daripada dana asal itu sendiri.

Menurut dakwaan, tertuduh melakukan pengubahan wang haram antara 2009 dan 2015 dengan membuka laman sesawang akaun bank di Switzerland dan luar negara.

Mereka memindahkan dana sesama mereka, dan menggunakan dana itu untuk membeli hartanah di Switzerland serta di London, barang kemas selain ekuiti persendirian.

Bagaimanapun, masih tidak jelas bila kes itu boleh dibawa ke perbicaraan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam itu, tertuduh ‘berhak untuk dianggap tidak bersalah melainkan atau sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah’.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028