Pelabur asing terus jual saham tempatan

KUALA LUMPUR: Jualan bersih ekuiti tempatan oleh pelabur asing menyederhana kepada RM20.79 juta pada minggu lalu daripada RM187.79 juta pada minggu sebelumnya, manakala pelabur institusi tempatan meneruskan pendirian belian mereka.

MIDF Research dalam satu nota hari ini berkata, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih minggu lalu adalah telekomunikasi dan media (RM25.2 juta), pengangkutan dan logistik (RM11.1 juta) dan tenaga (RM10.9 juta).

Sektor yang mencatatkan aliran keluar terbesar adalah perkhidmatan kewangan (-RM39.8 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM17.3 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM15.9 juta), katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur institusi tempatan mengekalkan pendirian belian bersih berjumlah RM53.2 juta pada minggu dagangan singkat selama tiga hari berikutan cuti umum Hari Pekerja dan Hari Wesak.

“Setakat ini bagi 2023, mereka menjadi pembeli bersih untuk tempoh 13 daripada 18 minggu berjumlah RM2.04 bilion,” katanya.

Sementara itu, peruncit tempatan menjadi penjual bersih sebanyak RM32.4 juta minggu lalu selepas pembelian bersih selama dua minggu.

“Mereka telah menjadi pembeli bersih untuk tempoh sembilan daripada 18 minggu pada tahun ini iaitu sebanyak RM96.93 juta,” katanya.

Menurut MIDF, di pasaran Asia pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Asia selepas dua minggu mencatat jualan bersih yang pendek, namun hanya India dan Korea Selatan adalah pasaran yang mencatatkan aliran masuk bersih minggu lalu.

“Berdasarkan data agregat sementara bagi lapan bursa yang kami jejaki, pelabur yang diklasifikasikan sebagai ‘warga asing’ membuat belian bersih ekuiti Asia sebanyak AS$855.9 juta sepanjang minggu dagangan singkat bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja pada Isnin,” katanya.

Menurutnya kebanyakan dana mengalir ke India berikutan pelabur asing melakukan belian bersih AS$1.42 bilion.

“Ini adalah aliran masuk bersih mingguan yang tertinggi pada tahun ini dan sejak minggu berakhir 12 Disember 2022.

“Keyakinan yang berterusan terhadap India dipertingkatkan lagi minggu lalu apabila kerajaan mengumumkan rekod tinggi kutipan cukai barangan dan perkhidmatan, menokok 12 peratus tahun ke tahun pada April 2023 kepada rekod tertinggi sebanyak AS$22.88 bilion,” katanya.

“Bagaimanapun, setakat ini bagi 2023, jumlah pelaburan asing di India masih pada aliran keluar bersih sebanyak AS$358.75 juta.

MIDF Research berkata, Korea Selatan adalah satu-satunya negara yang mencatat aliran masuk bersih minggu lalu sebanyak AS$102.1 juta, manakala Taiwan merekodkan aliran keluar bersih dana asing untuk minggu ketiga berturut-turut pada kadar AS$442.1 juta.

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar