MOT teliti struktur baharu cukai jalan kenderaan elektrik – Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti dan merangka struktur baharu cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EVs), yang dijangka akan diumumkan pada hujung tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke, berkata, penstrukturan baharu cukai jalan kenderaan berkenaan penting kerana kerajaan terdahulu hanya memberikan pengecualian cukai jalan EVs sehingga tempoh 2025.

“Rata-rata pengguna bimbang dengan struktur cukai jalan bagi EV kerana kalau kita ikut formula lama (cukai jalan EVs) impak kosnya tinggi dan boleh mencecah RM4,000 hingga RM5,000 setahun.

“Saya sudah arahkan pegawai-pegawai di MOT bagi untuk meneliti hal ini hasil maklum balas syarikat penyedia EVs dan pengguna. Ini juga usaha kita untuk menggalakkan peralihan kepada penggunaan kenderaan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mobiliti Hijau dan Pengangkutan, di sini hari ini.

Loke berkata, dasar mengenai penggunaan EVs perlu jelas agar usaha kepada pertukaran mod pengangkutan yang lebih mampan dapat dilakukan.

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan Pelan  Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon yang menyasarkan negara mencapai 15% penggunaan EV dan kenderaan hibrid pada tahun ini dengan penyediaan 10,000 unit fasiliti pengecasan menjelang 2025.

Selain itu, Loke berkata, MOT bukan sahaja melihat kepada penerapan konsep mobiliti mampan  bagi kenderaan darat, bahkan bagi pengangkutan udara dan maritim.

“Konsep penggunaan bahan bakar yang mampan juga telah mula menjadi pilihan dalam bidang penerbangan dan ini juga perkara menjadi perhatian MOT lebih-lebih lagi pada LIMA 2023 (Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023) ini,” katanya.

Sementara itu, dalam ucaptamanya semasa forum berkenaan, Loke berkata, Malaysia akan terus menjalin kerjasama dengan Sweden untuk membolehkan kedua-dua negara belajar dan bekerjasama dalam inisiatif menggalakkan mod pengangkutan mampan, lapor Bernama.

“Kami boleh memanfaatkan amalan dan kepakaran Sweden dalam penggunaan EV, infrastruktur pengecasan dan sistem trafik pintar, antara lain untuk mempercepatkan peralihan kepada e-mobiliti di Malaysia.

“Saya percaya kerjasama adalah kunci untuk menyelesaikan cabaran ini dan saya gembira melihat kedua-dua negara memperkukuh hubungan kita dalam sektor pengangkutan, khususnya dalam peralihan hijau, sebagai tambahan kepada perkongsian sebelum ini dalam keselamatan jalan raya,”  katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028