LIMA ’23:  MYSA meterai dua MOU, tiga LOI untuk tingkatkan teknologi angkasa di Malaysia

LANGKAWI: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dan tiga surat (LOI) bagi merangsang teknologi angkasa di negara ini sempena penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23), hari ini.

MoU pertama yang dimeterai melibatkan MYSA dan Lembaga Koko Malaysia bagi meningkatkan penggunaan teknologi angkasa untuk memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti pemetaan kawasan tanaman koko di Malaysia dengan lebih cekap dan berkesan.

Pada masa sama, MYSA turut berkerjasama dengan Kumpulan Bantuan Bersama Industri Petroleum Malaysia (PIMMAG) melalui satu lagi MoU bagi meningkatkan penggunaan teknologi angkasa khususnya dalam pelaksanaan operasi menangani tumpahan minyak dengan lebih cekap dan berkesan.

Sementara itu, bagi LOI pula, MYSA akan menjalin kerjasama dengan Kumpulan Gading, UZMA Berhad dan PIESAT Malaysia dalam penyelidikan dan pembangunan.

“Tujuan LOI ini diadakan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi angkasa melalui penyelidikan dan pembangunan bersama selain modal insan untuk menyumbang kepada perkembangan industri angkasa Malaysia ,” kata MOSTI dalam satu kenyataan.

Majlis menandatangani MOU dan LOI itu diadakan di Dewan Prapelancaran, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini dengan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalan beliau iaitu Datuk Arthur Joseph Kurup.

MYSA diwakili oleh ketua pengarahnya, Azlikamil Napiah dan turut hadir sama adalah Ketua Setiausaha, Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim dan timbalannya, Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman Hassan.

Pada majlis sama, tiga lagi MoU dimeterai antara PIESAT Information Technology Cooperation Limited-RS&GIS Consultancy Sdn Bhd, Generasi Marikh (MOTEEVASI)-Catalyst 2030 serta DUET Global and Sustainable Space Economy (SSE) Finland.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028