Pengasingan aset bantu KWSP optimumkan pulangan Syariah

KUALA LUMPUR: Rancangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengasingkan aset Simpanan Syariah adalah tepat kerana langkah sedemikian membolehkan dana persaraan pekerja swasta itu fokus mengoptimumkan pulangan pelaburan di dalam aset yang patuh Syariah. 

Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata langkah itu mungkin membabitkan penetapan pengurus dana serta penganalisis yang khusus bagi membantu pelaburan di dalam aset Syariah. 

“Selain itu, penyertaan aktif KWSP sebagai pemegang saham boleh membantu dalam pengurusan pelaburan, yang mana ia boleh menyumbang kepada pulangan pelaburan jangka panjang yang lebih konsisten,” katanya kepada BH.

KWSP semalam memaklumkan pencarum Simpanan Syariah boleh menjangkakan pulangan lebih tinggi apabila pengasingan sepenuhnya aset simpanan itu dilaksanakan bermula tahun depan.

Pemisahan skim Syariah akan membolehkan kawalan terhadap Alokasi Aset Strategik (SAA) dibuat dengan lebih menyeluruh.

Ini kerana, terdapat kawalan secara keseluruhan yang menetapkan had maksimum untuk KWSP melabur ke dalam kelas asetnya seperti ke dalam pendapatan tetap dan ekuiti bagi skim Syariah ketika ini.

KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022.

Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah.

Sementara itu, Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata Simpanan Syariah seharuskan dipraktikkan keseluruhannya seperti nama yang diberi kepada skim itu.

Beliau berkata, penekanan Perdana Menteri baru-baru ini menunjukkan bahawa skim itu belum menggunakan konsep Syariah sepenuhnya dan rakyat berhak mengetahui konsep yang diguna untuk mentadbir simpanan berkenaan sama ada Wakalah, Mudarabah ataupun Musyarakah. 

“Pemilihan struktur Syariah ini haruslah menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu penyimpan dan pentadbir iaitu KWSP sendiri.

“Dengan pencerahan ini, maka pastinya konsep pelaburan KWSP pasti akan lebih berkat dan bersih daripada pelaburan yang bukan diluluskan oleh Syariah, iaitu mengikut ketetapan Majlis Penasihat Syariah KWSP dan juga saham-saham di Bursa Malaysia yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC),” katanya.

Dalam pada itu, Aimi berkata jangkaan kemelesetan ekonomi global pada tahun ini menjadikan pelaburan di luar negara satu cabaran getir untuk meluaskan kehadiran KWSP di luar negara, yang kini merangkumi 36 peratus daripada pelaburan keseluruhannya,

“Bursa Malaysia pula dibelenggu oleh pasaran kewangan dan modal global yang tidak begitu memuaskan dengan rentetan kenaikan kadar faedah berterusan oleh Rizab Persekutuan (Fed) dari 2022 dan berterusan ke tahun 2023. 

“Jadi, sukar untuk mengatakan pelaburan di luar negara adalah lebih baik untuk KWSP mendapatkan pulangan lebih tinggi. 

“Begitupun, KWSP perlu membantu ekonomi domestik dgn melabur di syarikat-syarikat tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di Malaysia tetapi tidak boleh melebihi 10 peratus pegangan saham,” katanya.

Beliau menambah, ekonomi domestik memerlukan suntikan modal dari pelaburan luar dan dalam negara untuk mengimbangi ekonomi global yang kurang memberangsangkan.

Afzanizam pula menjelaskan bahawa prestasi dividen KWSP bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan pasaran kewangan global seperti ekuiti dan bon kesemuanya menurun. 

Beliau berkata, prestasi itu banyak disumbangkan oleh faktor-faktor yang sistemik seperti kenaikan kadar faedah yang mendadak di negara maju terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. 

Selain itu, katanya peperangan di Ukraine telah memburukkan lagi suasana inflasi global tatkala dunia berdepan dengan gangguan rantaian perniagaan. 

“Tahun ini, prospek pasaran kewangan global masih lagi tidak menentu. Sekali lagi ia disebabkan oleh faktor kadar faedah di AS apabila Fed dilihat masih lagi komited untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi yang masih lagi tinggi. 

“Hubungan tegang antara AS dan China juga berpotensi mewujudkan suasana ketidakpastian yang tinggi yang boleh menganggu gugat prestasi pasaran ekuiti dan bon. 

“Justeru, KWSP dijangka akan terus berwaspada dalam melaksanakan pelaburan mereka bagi tahun ini,” katanya.

  • Sequeira

    Related Posts

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028