‘Penggabungan KWSP, PERKESO tak praktikal’

KUALA LUMPUR: Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata KWSP dan PERKESO ditubuhkan untuk dua tujuan berbeza.

“KWSP ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, manakala PERKESO dilindungi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan juga Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

“Dari segi undang-undang, untuk melaksanakan idea ini undang-undang masing-masing perlu dipinda dan percanggahan undang-undang perlu diselesaikan. Selain itu, proses meminda undang-undang akan memakan banyak masa, dan terdapat perkara mendesak lain yang perlu diutamakan oleh kerajaan,” kata Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, cadangan mengenai penggabungan kedua-dua organisasi untuk menangani keperluan penduduk Malaysia yang menua muncul semula dalam sebuah berita.

Syed Hussain berpendapat, gabungan kedua-dua entiti ini menjadi satu menghasilkan sistem yang menjadikan kedua-dua fungsi saling berkait dan bertindih.

”Ia memerlukan penglibatan yang serius daripada setiap pemegang kepentingan kerana penggabungan mereka mungkin mempunyai kesan domino pada sektor lain. Apakah yang akan berlaku kepada pekerja KWSP dan PERKESO? Sesetengah pekerjaan mereka mungkin bertindih antara satu sama lain.

”Jadi, adakah pemberhentian pekerja akan berlaku kepada pekerja KWSP dan PERKESO?” soal beliau.

Syed Hussain juga menekankan perbezaan besar dalam bilangan pencarum dan majikan yang terbabit dalam kedua-dua institusi ini, dan menggabungkan mereka menjadi satu entiti akan menghasilkan risiko kewangan dan pembayaran yang lebih besar.

”Selain itu, caruman KWSP adalah wajib bagi pekerja tempatan, manakala PERKESO adalah wajib bagi pekerja tempatan dan asing.

“KWSP menumpukan kepada tabungan dan pembiayaan persaraan manakala PERKESO pula bertanggungjawab terhadap peranan yang luas termasuk kemalangan dan kecederaan, kehilangan pekerjaan, pencari kerja, penempatan serta peningkatan kemahiran dan kemahiran semula,” katanya.

Syed Hussain berkata, penyepaduan mekanisme persaraan, simpanan, pencen dan perlindungan sosial tidak menyelesaikan masalah pengurangan nilai pencen dan simpanan sepanjang tahun.

Beliau berkata, bahawa MEF melihat lebih penting bagi kerajaan untuk mengenal pasti mekanisme yang cekap dan berkesan yang mematuhi prosedur piawai untuk melindungi kepentingan ahli pelaburan, contohnya, pengurusan pelaburan dana yang berkesan dan menyediakan akses kepada pencarum untuk memantau secara berkala prestasi dana yang dilaburkan berbanding pembayaran.

-BERNAMA

  • Sequeira

    Related Posts

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    KUALA LUMPUR — Cadangan kemungkinan kerajaan mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), anak syarikat milik penuh NexG Bhd yang menjadi tunjang kepada ekosistem MyKad dan dokumen keselamatan negara, membuka…

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    Shantawood milik DPS menyediakan tapak di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, manakala Hangyue bakal memainkan peranan menghubungkan perusahaan China dengan peluang penempatan bersama dan pelaburan infrastruktur digital di Malaysia. KUALA LUMPUR:…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028